PETALING JAYA: Tarikh mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) masih belum dimuktamadkan sehingga kini, meskipun hampir dua minggu berlalu sejak peletakan jawatan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keadaan itu terus menimbulkan tanda tanya apabila Pas dilaporkan bersedia menerajui PN namun hala tuju kepemimpinan gabungan tersebut masih belum diperincikan secara rasmi. Malah, setakat ini Pas masih belum mendedahkan calon yang akan dicadangkan bagi mengisi jawatan Pengerusi PN sekiranya parti…









