PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar secara strukturnya tidak boleh dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kerana bukan merupakan seorang ketua parti komponen. Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, Pengerusi PN perlu dilantik dalam kalangan ketua-ketua parti komponen supaya semua keputusan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Beliau berpandangan sekiranya seorang Timbalan Presiden atau Naib Presiden dilantik menerajui…










