PETALING JAYA: Surat peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang yang tular di media sosial adalah palsu. Perkara itu disahkan pegawai di Pejabat Ketua Pembangkang. Terdahulu, tular dua surat menggunakan kepala surat Pejabat Ketua Pembangkang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kononnya Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang. Kandungan surat itu memaklumkan pelepasan jawatan dibuat selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengambil kira realiti serta keperluan…










