PRK: Perlu kajian menyeluruh sebelum pinda Perlembagaan

PRK: Perlu kajian menyeluruh sebelum pinda Perlembagaan

KHAIRUL SHAHRIL IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu melaksanakan kajian menyeluruh sebelum sebarang pindaan Perlembagaan dibuat bagi membolehkan pelantikan pengganti dilakukan secara automatik se­kiranya berlaku kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akibat kematian atau peletakan jawatan penyandang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, SPR sentiasa terbuka meneliti kaedah baharu bagi menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Namun katanya, sebarang pindaan Perlembagaan perlu dilaksanakan mengikut tatacara dan peruntukan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Setakat ini, tiada kajian khusus dijalankan di peringkat SPR berhubung cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, SPR sentiasa menilai pendekatan yang boleh memperkemaskan proses pilihan raya.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk meminda Perlembagaan, ia boleh dipertimbangkan, namun memerlukan kajian mendalam serta maklum balas semua pemegang taruh bagi mengelakkan sebarang implikasi atau masalah pada masa hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam akhbar ini melapor­kan, kerajaan dicadang meminda Perlembagaan bagi membo­lehkan pelantikan pengganti di­buat secara automatik sekiranya berlaku kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) disebabkan kematian atau peletakan jawatan penyandang.

Langkah itu dapat menye­lamatkan berjuta wang negara semata-mata untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan kos antara RM1 juta hingga RM4 juta.

Sejak 2022, negara telah me­ngadakan 13 PRK dengan kos sebanyak RM30 juta.

Berdasarkan rekod rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRK Pulai pada 2023 mencatat­kan perbelanjaan tertinggi se­banyak RM4.5 juta, diikuti PRK Kemaman (2023) sebanyak RM3.5 juta dan PRK Tioman (2022), RM3 juta.

SPR sekali lagi akan menga­dakan PRK bagi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamaq pada 24 Januari 2026, susulan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin, 5 Disember lalu.

Antara mekanisme yang dicadangkan ialah pelantikan pengganti secara automatik sekiranya berlaku kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akibat kematian atau peletakan jawatan.

Jelasnya, Speaker Parlimen atau DUN akan memaklumkan perkara tersebut kepada Pre­siden parti bagi menamakan calon pengganti, sebelum pemilihan dibuat melalui kaedah dalaman parti seperti Mesyuarat Majlis Tertinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN