PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil perlu dilaksanakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan pemergian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Jumaat lalu. Menurut bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, di bawah sistem demokrasi berparlimen negara, kekosongan tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari melalui pelaksanaan PRK. “Meskipun Allahyarham Bung Moktar belum sempat mengangkat sumpah di hadapan…










