SEREMBAN: Keputusan pelantikan dua senator dari negeri ini adalah hasil perbincangan teliti dan persetujuan bersama antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelantikan itu juga melalui undian kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini daripada kedua-dua parti itu. “Ini adalah budaya musyawarah yang menjadi asas Kerajaan Perpaduan bagi memastikan setiap langkah diambil dengan penuh keadilan dan rasa…










