Pengangguran belia 80 peratus di Putatan, calon PN mahu reformasi segera - Utusan Malaysia

Pengangguran belia 80 peratus di Putatan, calon PN mahu reformasi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Kadar pengangguran yang tinggi di Putatan yang mencecah hampir 80 peratus menjadi fokus calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, sekali gus memerlukan reformasi secara drastik.

Menjelaskan perkara itu, calon DUN terseut, Kanny Chew Ly Choi @ Farish Adamz Shah berkata, beliau yang mewakili golongan belia berbanding 10 calon lain akan membawa isu tersebut sebagai fokus utama, malah turut menegaskan keperluan penyelesaian segera.

“Masalah yang paling ketara di sini adalah melibatkan golongan belia kerana mereka di sini menginginkan perubahan konkrit untuk Putatan kerana wakil rakyat yang ada pun tidak memuaskan. Di sini masalah utama adalah pengangguran dan ramai golongan belia yang tidak bekerja, melibatkan DUN Petagas, Tanjung Aru dan Tanjung Keramat.

“Pada saya, perkara ini perlu diselesaikan dalam masa yang segera supaya ia tidak merebak menjadi satu masalah yang besar, akhirnya tidak dapat diatasi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai 11 persaingan di DUN Tanjung Keramat, jelas Farish Adamz lagi, ia bukan soal siapa yang lebih kuat, namun yang penting adalah siapa yang boleh menggalas tanggungjawab dengan lebih baik untuk menyelesaikan masalah khususnya melibatkan golongan belia.

“Pegang jawatan lama tetapi tiada perubahan dilakukan pun tidak berguna. Lebih baik beri peluang kepada calon baharu dan kita lakukan perubahan khususnya kepada perkara-perkara kritikal. Itu lebih penting,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN