Jangan bikin terbalik Sabah - Armizan

Jangan bikin terbalik Sabah – Armizan

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diminta membuat pilihan tepat pada Sabtu ini kerana masa depan negeri ini boleh terjejas jika pengundi tersilap menilai rekod sebenar para pemimpin.

Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, negeri ini memerlukan kepemimpinan yang konsisten memperjuangkan kepentingan rakyat dan bukan sekadar mencipta naratif untuk kepentingan politik.

“Saya mahu ingatkan para pengundi supaya`jangan bikin terbalik Sabah’. Masa depan negeri tidak boleh digadaikan dengan slogan atau dakwaan yang mengelirukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Armizan turut membidas dakwaan fenomena `BungSpeed’ yang digembar-gemburkan ketika Datuk Seri Bung Moktar Radin menerajui Kementerian Kerja Raya (KKR).

Menurutnya, apa yang dipromosikan sebenarnya hanya kerja-kerja penyelenggaraan asas seperti tampal jalan, membaiki tebing runtuh dan naik taraf kecil yang memang telah tersedia peruntukannya.

“Isu yang memerlukan keberanian dan kebijaksanaan gagal dirintis. Dua tahun memegang KKR, peluang mendapatkan peruntukan besar untuk projek kritikal tidak digunakan, meskipun ketika itu Menteri Tenaga dan Perdana Menteri datang daripada UMNO sendiri,” jelasnya.

Antara projek penting yang tidak diusahakan ketika itu ialah naik taraf Loji Rawatan Air Kogopon di Papar, Cinta Mata 2 di Tawau serta pembinaan Grid Southern Link.

“Semua isu itu hanya dapat diselesaikan selepas Bung Moktar tidak lagi dalam Kerajaan Negeri,” tegas beliau.

Mengenai dakwaan bahawa penurunan kuasa projek bernilai RM50 juta ke bawah kepada JKR dan JPS Sabah adalah hasil ketegasan Bung Moktar, beliau menjelaskan cadangan itu sebenarnya sebahagian daripada tuntutan MA63 yang dibawa sejak kerajaan terdahulu, tetapi tidak pernah dipersetujui.

“Segalanya berubah hanya selepas Kerajaan Madani mengambil alih. Pada 21 Disember 2022 saya bentangkan outstanding issues MA63, MOF di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim beri lampu hijau dan pada 4 Januari 2023 Kabinet meluluskan penurunan kuasa itu.

“Ini bukan kemenangan individu, ini komitmen Perdana Menteri terhadap MA63,” katanya.

Sehubungan itu, Armizan turut mengingatkan agar tiada pihak `overclaim’ sehingga memadamkan fakta sebenar, termasuk peranan konsisten Sarawak dalam menuntut perkara sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN