Bukan masalah dalaman, beri laluan kepada calon muda

Bukan masalah dalaman, beri laluan kepada calon muda

AHMAD Zahid Hamidi bergambar dengan orang ramai ketika hadir pada Program Karnival Lindung Kerjaya di Kota Belud, Sabah, semalam. – FB AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Penarikan diri Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai calon Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan disebabkan masalah dalaman.

Sebaliknya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Rahman membuat keputusan itu bagi memberi peluang kepada calon muda diketengahkan UMNO Sabah.

“Hari ini saya ke Kota Belud, semalam Abdul Rahman sendiri datang mengiringi ca­lon di Kota Belud dan tidak ada sedikit pun permasalahan di dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Lindung Kerjaya di sini semalam.

Sebelum ini, BN mencalonkan Abdul Rahman sebagai calon Tempasuk.

Namun me­narik diri menje­lang hari pe­namaan calon sebelum digantikan dengan Ketua UMNO Ba­hagian Kota Belud, Azwan Marjan.

Semalam, DUN Tempasuk menyaksikan penyandangnya, Datuk Mohd Arsad Bistari mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ditentang John Samud (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat atau KDM), Dr Rimin Maun (Parti Kebangsaan Sabah atau PKS), Timuti Majitol (Parti Impian Sabah atau PIS), Mohd Khidir Lamsil (Warisan), Walter Mark Mukis (Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR) dan Azwan (BN).

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu membuktikan Abdul Rahman berjiwa besar dan sentiasa mendahulukan kepentingan parti berbanding diri sendiri sekali gus sebagai teladan kepada pemimpin lain dalam memastikan kekuatan BN terus utuh di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN