UMNO Johor bantu gerak kerja lima DUN di PRN Sabah

UMNO Johor bantu gerak kerja lima DUN di PRN Sabah

AHMAD Maslan (kiri) menyampaikan kerusi bayi kepada Syaidah Nor Amanda Mohd. Amirul Fikri berusia lima bulan di Kampung Parit Seraya, Benut, Pontian, hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO Johor diberi tanggungjawab membantu gerak kerja kempen di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) pada 29 November depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, DUN tersebut ialah Pantai Dalit dan Sulaman dalam kawasan Parlimen Tuaran serta Pintasan, Tempasuk dan Usukan di Parlimen Kota Belud.

Katanya, setiap DUN akan dijaga oleh satu bahagian UMNO di Johor melibatkan Pontian, Seri Gading, Tebrau, Kulai dan Simpang Renggam dengan kekuatan minimum 30 petugas bagi setiap kawasan DUN.

Menurut beliau, petugas ini akan mula digerakkan ke Sabah pada 13 November sehingga hari pengundian pada 29 November bagi membantu jentera pilihan raya di kawasan DUN berkenaan.

“Kita bukan jentera utama tetapi akan membantu pasukan tempatan. Dalam masa sama, ia menjadi medan latihan untuk jentera Johor menghadapi PRN akan datang,” katanya ditemui selepas program penyampaian kerusi bayi kepada Puteri UMNO di Kampung Tersusun Parit Seraya, Benut, di sini hari ini.

Menurut Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Pengerusi Badan Perhubongan UMNO Johor akan menemui jentera utama pilihan raya ke lima-lima DUN berkenaan pada 8 November depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN