KANGAR: Gelombang hijau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mampu menang satu daripada 15 kerusi DUN di negeri ini yang selebihnya dikuasai Perikatan Nasional (PN). Ramai melihat PKR Perlis mula menyepi selepas itu, namun hakikatnya parti diketuai Noor Amin Ahmad itu terus bergerak agresif khususnya dalam usaha mengembalikan semula kepercayaan rakyat dalam menghadapi PRU16. Jika memasuki gelanggang PRU16 dengan kerjasama UMNO dan Barisan Nasional…









