Srikandi Muda sedia gempur Sabah

Srikandi Muda sedia gempur Sabah

NURUL EZZATI AZMI (kiri) dan NABILA NORSAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Srikandi Muda Bersatu (Srikandi Muda) bersedia membantu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.

Ketua Srikandi Muda, Nurul Ezzati Azmi berkata, sayap itu akan mengerahkan tenaga seluruh ahlinya berkempen di seluruh negeri itu sekiranya diperlukan kepemimpinan Pusat.

“Selain itu, di peringkat Srikandi Muda pusat, kita akan membawa modul latihan ke Sabah kerana di negeri itu, ahli di sana memerlukan latihan dari segi kerja dan memimpin parti.

“Insya-Allah, kita akan bawa Naib Presiden yang juga Pengarah Latihan dan Pengkaderan Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di sini, hari ini.

Beliau berkata, sayap tersebut telah menghantar pencalonan Naib Ketua Pemuda Srikandi Muda, Nabila Norsahar untuk menjadi calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai kepada kepemimpinan Pusat Bersatu.

Menurutnya, pemilihan Nabila untuk bertanding di kerusi berdasarkan gerak kerja yang telah dilakukannya di kawasan DUN itu selain dia sendiri merupakan anak jati kawasan Karambunai sendiri.

“Nabila sudah melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan itu dan dia sedang membuat kerja promosi parti di sana.

“Apapun, saya harap kepemimpinan parti boleh menyokong pencalonan Nabila ini,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata, rakyat Sabah amat dambakan pembangunan serta peluang pekerjaan yang ketika ini amat terhad di negeri berkenaan.

Beliau melihat Sabah berpotensi menjadi negeri yang lebih maju, namun perlu dipimpinan oleh individu dan parti yang betul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN