SHAH ALAM: Budaya membuat surat layang tidak pernah wujud dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya parti itu meraikan keseluruhan ahli sebagai sebuah keluarga besar. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dakwaan penghantaran surat layang memfitnah ahli parti sendiri tidak pernah berlaku, justeru akar umbi diminta tidak membawa budaya berkenaan ke dalam Bersatu. “Jangan dibawa budaya yang tidak baik (budaya surat layang). Jangan dibawa budaya ini ke dalam…