KOTA BHARU: Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan tidak bertanding jawatan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pas pada pemilihan parti itu sempena Muktamar Pas Ke-71 di Alor Setar, Kedah dari11 hingga 16 September ini.
Setiausaha Agung Pas itu berkata, ini kerana beliau sudah lebih 10 tahun tidak bertanding untuk apa-apa jawatan AJK.
“Walaupun nama saya dicalonkan oleh akar umbi Pas tetapi kemungkinan besar saya tidak bertanding, 99.9 peratus tidak.
“Bagaimanapun saya sangat berterima kasih kepada seluruh akar umbi atas pencalonan,” katanyaselepas menyertai program ‘Batik Fun Run’ anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bermula di Dataran Masjid Muhammadi, di sini hari ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, 2025 merupakan tahun ke-10 beliau memegang jawatan Setiausaha Agung Pas dan ia adalah salah satu faktor yang mendorong keputusan berkenaan. – UTUSAN
-Habis-










