PENAMPANG: “Sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, saya akan fokus kepada kerja saya di kementerian ini.” Demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Ewon Benedick ketika ditanya berkaitan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Ewon berkata, PH masih dalam perbincangan mengenai kerjasama dengan GRS dan sebarang kenyataan hanya akan dikeluarkan selepas keputusan dimuktamadkan. “Beri kami ruang untuk berbincang sesama sendiri, di antara…