Bubar DUN Perlis langkah terbaik tamat kemelut

Bubar DUN Perlis langkah terbaik tamat kemelut

PEMBUBARAN DUN mampu menyelesaikan krisis politik dan menyelamatkan kestabilan Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis merupakan langkah pa­ling praktikal dan berkesan bagi menamatkan kemelut politik ne­geri itu susulan tindakan la­pan Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Penganalisis politik, Dr. Iskandar Hassan Tan Abdullah berkata, polemik berpanjangan itu bukan sahaja mengancam kestabilan kerajaan negeri, ma­lah berpotensi mencetuskan perpecahan lebih besar dalam Perikatan Nasional (PN) sekiranya tidak diselesaikan segera.

Katanya, risiko perpecahan PN akan menjadi lebih besar jika tiga ADUN Pas yang ditamatkan keahlian bertanding semula dan menang.

“Justeru, pembubaran DUN adalah pilihan terbaik bagi me­ngembalikan mandat rakyat dan membolehkan kerajaan dibentuk dengan sokongan majoriti jelas.

“Pembubaran DUN bukan men­jatuhkan kerajaan, tetapi menyelamatkan kestabilan Perlis,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, lapan ADUN PN Perlis termasuk tiga dari Pas didakwa hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli hingga menyebabkan wakil Pas terlibat terhenti keahlian serta-merta.

Ketiga mereka adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim.

Iskandar Hassan memberitahu, landskap politik Perlis kini berada dalam keadaan tergantung apabila tiada parti mempunyai majoriti selepas Pas hanya menguasai enam kerusi dengan Bersatu lima manakala Pakatan Harapan (PH) satu kerusi.

Katanya, keadaan itu mewujudkan ketidaktentuan pentadbiran dan menyukarkan kerajaan negeri membuat keputusan strategik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN