BN mungkin tanding solo di Melaka

BN mungkin tanding solo di Melaka

MOHAMAD Hasan bersalaman dengan perwakilan sejurus tiba untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Kemas Telok Mas, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) mungkin bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung tahun depan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, belum ada sebarang rundingan diadakan dengan Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka atas semangat Kerajaan Perpaduan.

“Soal ada rundingan (PH) sebelum ini, itu saya tidak tahu dan belum dirundingkan di peringkat pucuk pimpinan tertinggi UMNO setakat ini.

“UMNO mungkin bersedia untuk bergerak solo kerana pilihan raya ini ibarat seperti berperang, jadi kita mesti buat persiapan rapi yang akan memberikan kebaikan kepada kita. Jika baik bersama maka bersamalah, jika baik seorang diri, maka kita bergerak seorang diri.

“Jadi kita belum buat apa-apa, kita punya keputusan ataupun kajian kemungkinan masih lagi bersepah-sepah sebab banyak negeri lain formulanya tidak sama macam di Melaka, di Johor lain, di Kelantan lain, di Kedah lain dan di Sabah lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Kemas Telok Mas di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, untuk PRN Sabah pula, situasinya amat berlainan apabila BN bersetuju menjalinkan kerjasama dengan PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, BN akan memilih parti yang boleh memberi tambah nilai kepada kemenangan pada PRN Sabah.

“Kita tidak boleh mengandaikan one size fit all, bukanlah formula yang hendak kita guna pakai dalam menghadapi pilihan raya nanti. Apa pun kita sedang mengkaji dengan teliti agar kita tidak tersilap langkah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN