Rafizi tolak tawaran jawatan Timbalan Presiden lantikan 

Rafizi tolak tawaran jawatan Timbalan Presiden lantikan 

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Datuk Seri Rafizi Ramli menolak tawaran Timbalan Presiden lantikan yang ditawarkan Nurul Izzah Anwar selepas tewas dalam pemilihan parti pada Mei lalu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau menerima tawaran Timbalan Presiden itu oleh Nurul Izzah baru-baru ini.

Katamya, beliau turut menyatakan bahawa tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik selepas kekalahannya dalam pemilihan PKR dan keputusan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.

“Saya tak baca sebarang mesej di telefon dan tiada aplikasi WhatsApp. Semua pimpinan parti tahu perkara ini.

“Nurul Izzah Anwar juga pernah berjumpa saya dan nak tawarkan Timbalan Presiden lantikan, namun saya tidak berminat dalam apa-apa juga jawatan.

“Ini bukan soal jawatan, tetapi mesej dan perjuangan yang kita nak bawa,” katanya ketika merasmikan penutup Karnival Belia Madani 2.0 Parlimen Pandan, di sini, hari ini.

Tambah Rafizi, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima segala kritikan UMNO selepas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan mahu menyertai PKR.

Malah lebih teruk, katanya, tindakan Tengku Zafrul tersebut juga mampu membuka pintu yang sukar dijangka untuk masa hadapan Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan Perpaduan dibentuk dengan tidak mempunyai draf atau muktamad boleh mengambil ahli daripada parti lain di dalam perjanjian.

“Jadi bila perkara ini berlaku, saya rasa pandangan atau kritikan UMNO adalah munasabah dan perlu diambil kira keseluruhan pimpinan di dalam Kerajaan Perpaduan. Pandangan UMNO itu adalah dari perspektif untuk mengekalkan keharmonian sesama parti,

“Jadi saya rasa, perkara ini akhirnya akan dibincangkan di peringkat Kerajaan Perpaduan kerana perkara ini adalah sesuatu yang belum dimuktamadkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN