PRN Sabah: Tiada perselisihan pimpinan pusat, negeri - Ahmad Zahid

PRN Sabah: Tiada perselisihan pimpinan pusat, negeri – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Tiada perselisihan antara kepimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sentiasa mengadakan penyelarasan secara berterusan bagi memastikan persefahaman antara kepimpinan pusat dan negeri khususnya melibatkan UMNO dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, dakwaan kononnya wujud perbezaan pendirian antara kedua-dua pihak adalah tidak berasas dan kenyataan sedemikian mungkin telah disalah tafsir.

“Kita telah mencapai kesepakatan antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Namun, keputusan kita tetap terbuka kepada parti-parti gabungan lain. Perkara ini sedang berjalan dan berada dalam perancangan.

“Saya tidak fikir perlu diwujudkan sebarang ‘jambatan’ atau saluran lain untuk membincangkan kerjasama politik kerana kita akan adakan rundingan yang lebih menyeluruh termasuk dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Kebangsaan 2025 di Dewan Besar, Institut Kemajuan Desa (INFRA) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, rundingan secara berkala sentiasa diadakan bagi memastikan segala keputusan yang dibuat adalah selari antara kepimpinan negeri dan pusat demi menjamin kestabilan politik serta kemenangan dalam PRN akan datang.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, BN masih belum mempunyai keputusan rasmi bagi mewujudkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Sabah Ke-17. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN