Tiada maklumat lanjut Rafizi letak jawatan - Fahmi

Tiada maklumat lanjut Rafizi letak jawatan – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menafikan mempunyai sebarang maklumat bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti, minggu lalu.

Kata Fahmi, tumpuan ketika ini masih terarah kepada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang sedang berlangsung di ibu negara.

“Sidang kemuncak ini belum tamat. Hari ini baru hari kedua. 

“Saya tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini. Jadi, kita kena tunggu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Projek Sigma, di Park Royal Collection, disini hari ini.

Sebelum ini, Rafizi pernah menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan menteri jika gagal mempertahankan kedudukan dalam parti.

Pada pemilihan lalu, Rafizi memperoleh 3,866 undi berbanding Nurul Izzah Anwar yang meraih 9,803 undi.

Ditanya kemungkinan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) diadakan dalam masa terdekat, Fahmi berkata, beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang maklumat. Mungkin selepas ini saya akan semak.

“Tetapi saya percaya memang lazimnya selepas pemilihan, akan diadakan satu mesyuarat untuk mengesahkan pelantikan baharu dan jawatan yang perlu diisi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN