PRK Ayer Kuning: PN dakwa nafikan sasaran BN

PRK Ayer Kuning: PN dakwa nafikan sasaran BN

PN Ayer Kuning
MOHAMED Azmin Ali bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tetamu lain hadir pada Majlis Jamuan . - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa pihaknya berjaya menafikan sasaran perolehan 18,000 undi oleh Barisan Nasional (BN) meskipun parti itu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun PN tewas dalam pilihan raya itu, namun keputusan yang diperoleh menunjukkan peningkatan sokongan rakyat terhadap partinya dan potensinya pada masa hadapan.

“Ucapan Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad) sebelum ini yakin (BN akan) dapat 18,000 undi dengan formula ‘1+1’ jadi dua menerusi gabungan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Apabila sasaran itu tidak dapat dicapai, maka itu kemenangan kepada PN yang berjaya menghalangnya,” katanya ketika ditemui pada majlis Jamuan Aidilfitri DUN Jeram, malam tadi.

Kelmarin, Saarani menegaskan kegagalan mencapai sasaran 18,000 undi pada PRK itu dipercayai akibat peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 58.07 peratus selain tidak meneliti trend mengundi di 20 pusat daerah mengundi (PDM) secara mendalam.

Bagaimanapun, BN berjaya mempertahankan kubu kuat itu dengan kemenangan calonnya, Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, yang memperoleh majoriti 5,006 undi.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu mendapat 11,065 undi mengatasi calon PN, Abd. Muhaimin Malek (6,059 undi) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS (1,106 undi).

Namun, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor menafikan kegagalan memenangi kerusi berkenaan antaranya berpunca krisis dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak.

“Tiada isu itu dan saya dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi Bersatu Perak) baik-baik saja. Ia proses biasa dan tidak mendatangkan masalah.

“Kita melihat ia masa baik bagi PN untuk terus kukuh. Pas dan Bersatu adalah gabungan mantap kerana berjaya mencatatkan prestasi baik,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan pertukaran kerusi melibatkan dua ADUN dalam Sidang Dewan Perak bukan tanda sebarang perpecahan dalam parti itu.

Pertukaran itu merupakan langkah biasa yang turut diamalkan dalam parti politik selepas melalui proses pemilihan dalaman.

Terdahulu, Ahmad Faizal menghantar surat kepada Pejabat Speaker DUN Perak bagi menukar kedudukan ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi dan ADUN Changkat Jong, Nadziruddin Mohamed Bandi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya