UMNO Melaka tiada kerusi Parlimen, jangan ‘syok sendiri’

UMNO Melaka tiada kerusi Parlimen, jangan ‘syok sendiri’

AHMAD ZAHID Hamidi menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti Kemas Telok Mas, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan kepemimpinan dan ahli UMNO di Melaka perlu menelan kenyataan bahawa mereka tidak memiliki sebarang kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), meskipun menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO Melaka perlu rasional dalam mendepani realiti politik pada ketika ini dan diingatkan agar tidak ‘syok sendiri’.

“Kita harus bersandar pada kenyataan dalam PRU15 tidak ada satu kerusi Parlimen pun yang kita menang. Ini senario yang kita ada sekarang.

“Meskipun ada kawan-kawan kita dalam komponen Kerajaan Perpaduan ini memegang kerusi Parlimen tertentu tetapi hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak ada pun satu kerusi Parlimen. Saya ingatkan diri supaya jangan syok sendiri kerana senario telah berubah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti Kemas Telok Mas di sini, semalam.

Pada PRU15, BN kehilangan dua kerusi Parlimen yang dimenanginya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu Masjid Tanah dan Jasin kepada Perikatan Nasional (PN), walaupun memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa PRN Melaka.

Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan, UMNO perlu lebih cekap menangkis sentimen dimainkan lawan dengan penjelasan berfakta bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat.

“Isu dan sentimen dimainkan oleh seteru politik, kita harus lebih cekap kena lebih bijaksana tangani isu dan sentimen.

“Kerana masanya apabila fitnah tersusun akan mengatasi kebenaran. Hina jika kalah orang boleh melakukan apa saja walaupun kita tidak ada kesalahan sama ada kesalahan sivil atau kesalahan jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN