Jailani kunci mulut, enggan ulas kenyataan Akmal

Jailani kunci mulut, enggan ulas kenyataan Akmal

MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Saya terima kenyataan takbur itu dengan lafaz alhamdulillah”.

Demikian jawapan ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh bahawa beliau perlu bersedia membayar denda RM100 juta kerana melompat parti.

Muhammad Jailani berkata, sebarang persoalan akan dijawab apabila tiba waktu yang sesuai.

“Sekarang ini saya tidak mahu ulas apa-apa. Kenyataan takbur ini saya terima dengan lafaz alhamdulillah. Itu sahaja dulu.

“Bukan saya tidak mahu komen, (tetapi) saya akan cakap bila masa yang sesuai. Kita tidak perlu bercakap berjela-jela,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Muhamad Akmal mengingatkan Muhammad Jailani agar bersedia sekiranya didenda RM100 juta oleh Barisan Nasional (BN) kerana bertindak melompat parti.

Menurutnya, semua ADUN BN telah menandatangani perjanjian sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November 2021 yang memperuntukkan denda RM100 juta jika melompat parti.

Dalam pada itu, mengenai sidang akhbar khas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini, Muhammad Jailani berkata, beliau mahu melihat sama ada wujud layanan dua darjat yang bakal diterimanya berbanding nasib enam bekas ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita dengarlah nanti apa dia hendak cakap. Saya tidak menjangkakan apa-apa. Saya hendak tengok dia layan saya dengan enam orang itu sama level atau double standard. Kita tunggu esok,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN