UiTM bukan simbol penindasan

UiTM bukan simbol penindasan

MUHAMAD AKMAL Saleh bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Projek Pembangunan dan Program Pertanian Bandar di Pejabat Pertanian Daerah Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan simbol penindasan atau ‘akademi aparteid’ seperti digambarkan kolumnis sebuah portal berita, Andrew Sia melalui penulisannya bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ yang diterbitkan semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, institusi itu dibangunkan bukan untuk menindas kaum lain tetapi hanyalah membela bumiputera yang ketinggalan di dalam negara sendiri.

Tegasnya, portal terlibat didesak menurunkan artikel berkenaan manakala penulisnya perlu memohon maaf dengan segera.

“Di atas keceluparan ini juga, Pemuda UMNO menggerakkan seluruh anggota untuk membuat laporan ke atas Malaysia Kini dan Andrew.

“Adakah UiTM simbol penindasan kepada kaum lain? Sudah tentu tidak. Kerajaan Malaysia yang majoritinya orang Melayu ini tetap sahaja membenarkan pendidikan ‘tanah asal’ seperti di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), yang bukan sahaja dibenarkan tetapi disokong melalui peruntukan kerajaan.

“Siapa yang sejak awal membelah perpaduan melalui pendidikan ini? Itupun kita terima dengan berlapang dada sebab kita tahu kepentingan membela hak budaya. Belum lagi dikira sekolah-sekolah menengah Cina persendirian yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pertanian Daerah Jasin di sini, hari ini.

Terdahulu, Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dalam kenyataan menegaskan, sebarang tindakan dilakukan UiTM adalah berpandukan akta, Perlembagaan serta panduan diberikan kerajaan, sekali gus menolak pandangan yang menyamakan dasar institusi pengajian tinggi (IPT) itu sebagai satu tindakan diskriminasi kaum di negara ini.

Katanya, pandangan sedemikian bukan sahaja dangkal malah mempamerkan sikap tidak acuh dalam mendapatkan situasi sebenar di sebalik polemik yang berlaku.

Tambah Muhamad Akmal, aparteid merupakan dasar segregasi kaum yang begitu zalim yakni memuliakan orang kulit putih berbanding orang kulit hitam di Afrika Selatan.

Jelasnya, ia adalah dasar kejam yang dibenci semua orang termasuklah UMNO dan seluruh orang Melayu.

“Apabila tuduhan keji seperti ini dilemparkan kepada institusi pendidikan kami, apakah tidak boleh hati kami terbakar?

“Seluruh orang Melayu faham dan hafal benar sejarah UiTM. UiTM ini dibina untuk melonjakkan taraf pendidikan dan penguasaan bidang oleh orang Melayu dan bumiputera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN