Pengiktirafan ‘bak kut teh’: Ketua Pemuda UMNO cadang King

Pengiktirafan ‘bak kut teh’: Ketua Pemuda UMNO cadang King Sing letak jawatan

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan supaya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meletak jawatan susulan isu pengiktirafan bak kut teh sebagai antara 10 hidangan Warisan Negara.

Muhamad Akmal berkata, pengiktirafan itu menunjukkan King Sing tidak mengambil kira sensitiviti rakyat negara ini memandangkan banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat seperti nasi goreng Cina sepatutnya diangkat.

Tegasnya, sekiranya seorang menteri tidak mampu berfikir sedemikian dan apakah relevannya dalam membuat keputusan tersebut, maka sudah tiba masanya Pemuda UMNO memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Ahli Parlimen Bintulu itu.

“Daripada mengiktiraf bak kut teh menjadi hidangan warisan negara, lebih baik mengiktiraf makanan lain seperti nasi goreng Cina dan banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat di negara ini, tidak kira kaum mahupun agama

“Jika menteri tidak boleh hendak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia dan apakah relevannya dalam membuat keputusan, sudah tiba masanya kita mohon agar Perdana Menteri untuk pecat sahaja menteri.

“Kerana jika Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan (Tourism Malaysia) diturunkan pangkat sebab prestasi merosot, maka alasan yang sama boleh digunakan kepada menteri yang bukan sahaja merosot, tetapi menteri yang paling teruk dalam sejarah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, bak kut teh yang dikatakan hidangan berasal dari Klang, Selangor diiktiraf secara rasmi sebagai sebahagian daripada Warisan Negara.

Hidangan itu antara 10 makanan diisytiharkan sebagai Warisan Negara oleh Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin.

Dilaporkan, pengumuman itu disiarkan dalam Warta Kerajaan yang turut menyenaraikan makanan dari Johor iaitu burasak, mi kolok dan nasi ambeng; kuih tradisional seperti dodol, kuih genggang atau kuih lapis, kuih karas dan uthappam; jeruk tuhau serta minuman air katira sebagai makanan Warisan Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×