MUAR: Pakatan Harapan (PH) berjaya menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN) terutama Pas di Johor selepas calonnya, Ir. Nazri Abdul Rahman memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dengan majoriti 3,514 undi.
Keputusan tidak rasmi setakat pukul 9 malam tadi, Nazri memperoleh 13,844 undi menewaskan calon PN, Dr. Mohd. Mazri Yahya.
Mohd. Mazri mendapat 10,330 undi manakala calon Bebas, S. Jeganathan hilang wang deposit apabila hanya memperoleh 311 undi. – UTUSAN