Apa yang hilang selama tujuh bulan di Tanah Melayu?

Apa yang hilang selama tujuh bulan di Tanah Melayu?

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri dan akan mempertahankan Tanah Melayu daripada jatuh ke tangan pihak lain, sekiranya dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berasas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, orang Melayu kini tidak mudah terpengaruh dengan sentimen sedemikian kerana bijak menilai sesuatu perkara termasuk isu-isu yang sengaja dipolitikkan.

Katanya, dakwaan Dr. Mahathir juga tidak selari dengan tindakannya sebelum ini menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kononnya demi menyelamatkan orang Melayu.

“Orang Melayu semakin bijak berfikir dengan matang. Zaman Tun (Dr. Mahathir) boleh pula bersama PH untuk menyelamatkan Melayu.

“Cukup-cukuplah bermain isu untuk memecah-belahkan rakyat. Saya nak tanya pada Tun juga, sepanjang tujuh bulan ini apa yang hilangnya di Tanah Melayu?

“Sudah pasti Pemuda UMNO tidak akan membenarkan perkara itu (kehilangan Tanah Melayu) terjadi jika benar (dakwaan) sekalipun,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr. Mahathir bahawa orang Melayu akan kehilangan Tanah Melayu jika mengundi PH.

Utusan Malaysia melaporkan, Dr. Mahathir ketika berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di Markas Pas Bakri di Muar, Johor menggesa orang Melayu keluar mengundi jika tidak mahu kehilangan Tanah Melayu.

Dakwanya, PH akan memberikan Tanah Melayu kepada pihak lain sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN