Perkasa alam sekitar di tengah kota - Utusan Malaysia

Perkasa alam sekitar di tengah kota

Abe
ABE LIM HOOI SIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

MENJADIKAN Bandar Utama sebagai bandar hijau dan mesra alam merupakan misi utama calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Bandar Utama,  ABE LIM HOOI SIN, sekiranya diberi mandat mewakili rakyat di kawasan itu.

Justeru, beliau berkongsi ideanya bersama wartawan, MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS pelan yang boleh dicapai walaupun kawasan itu merupakan antara pusat perniagaan tersibuk di Selangor.

 

UTUSAN: Apa yang dirancang untuk penduduk Bandar Utama?
ABE: Saya mahu menjadikan Bandar Utama sebagai bandar hijau serta mesra alam tanpa menjejaskan fungsinya sebagai pusat tumpuan perniagaan. Optimis untuk berbuat demikian dengan membuat penambahbaikan terutama pada infrastruktur bandar ini.

Apa yang boleh dilakukan dan bagaimana?
Negara ini mempunyai rangka kerja bandar hijau dan mesra alam, cuma ia perlu dilaksanakan sahaja seperti pertanian dalam bandar dengan menggalakkan penanaman sayur-sayuran dalam  kalangan penduduk di rumah berstrata, memanfaatkan tanah tidak kosong, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan lain-lain lagi.

Apa yang isu sering dibangkitkan penduduk kawasan ini?
Kebanyakan penduduk membangkitkan isu kesesakan lalu lintas, kemudahan yang disediakan mereka tak diselenggara dengan baik dan banyak haiwan terbiar berkeliaran. Saya akan cuba bangkitkan isu ini untuk menyelesaikan semua masalah ini.

Jika diberi mandat, apa perkara pertama yang hendak dilakukan?
Dedahkan butiran projek Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD LINK) yang dibatalkan permohonan pembinaannya, baru-baru ini. Saya tidak tahu mengapa kerajaan negeri mengklasifikasikan kandungan projek lebuh raya dalam Akta Rahsia Rasmi, sedangkan projek ini adalah projek awam dan akan digunakan oleh orang ramai kelak.

Apa kelebihan awak berbanding calon parti lain yang bertanding di Bandar Utama?
Saya datang dari latar belakang profesional dan saya adalah orang yang jenis buat kerja dan kurang berpolitik. Penduduk Bandar Utama boleh berikan peluang lima tahun ini kepada saya untuk terjemahkan hasil daripada apa yang saya cakap ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya