Lebih banyak video palsu ‘gelombang hijau’ bakal tular

Lebih banyak video palsu ‘gelombang hijau’ bakal tular

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Menjelang saat-saat akhir Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, akan lebih banyak video palsu bakal ditularkan pihak tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman mendakwa, penyokong kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor semakin ghairah menipu rakyat sehingga sanggup membuat suntingan klip video majlis lain, semata-mata mahu menggambarkan sokongan rakyat terhadap idola mereka.

Bagaimanapun, ujarnya, video yang ditularkan itu adalah rakaman majlis munajat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur manakala audionya dipercayai daripada perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, penularan sedemikian adalah untuk menipu rakyat bagi memberi gambaran kononnya gelombang hijau telahpun menembusi Johor.

“Bila terdesak untuk menang, video majlis munajat di Dataran Merdeka pun mereka sanggup sunting untuk dikatakan orang sambut kedatangan Muhammad Sanusi.

“Rakyat Johor perlu bijak dan pastikan turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada 9 September nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Lokman, pengundi di kedua-dua PRK harus menunjukan bahawa rakyat Johor menolak politik perkauman sempit dan menunggang agama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN