“Jangan remehkan suara anak muda” – Kamri - Utusan Malaysia

“Jangan remehkan suara anak muda” – Kamri

Kamri tekun mendengar permasalahan yang diutarakan oleh kumpulan anak muda di Bukit Antarabangsa malam tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Saya tidak pernah sama sekali remehkan suara anak muda, malah sebelum jadi calon pun saya tetap luangkan masa dengar permasalahan serta keluh kesah mereka selama ini,”
Itu antara kenyataan calon Pakatan Harapan DUN Bukit Antarabangsa, Kamri Kamaruddin ketika mengadakan sesi ramah mesra dan bual santai bersama hampir 50 orang anak muda di Bukit Antarabangsa malam tadi.

Bertempat di Craven Café, Jalan Wangsa 1, Kamri meluangkan masa hampir satu jam untuk beramah mesra selain mendengar pandangan yang diutarakan golongan terbabit.

Selain berjanji untuk meningkatkan fasiliti dan pelbagai program berbentuk riadah di zon berkenaan, beliau juga mengambil maklum tentang kesesakan dan kekurangan tempat parkir kenderaan di beberapa lokasi perniagaan mereka yang sering menjadi tumpuan pengunjung luar terutamanya pada hujung minggu.

Menurut Kamri lagi, beliau akan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin memandangkan timbul banyak rungutan daripada penduduk di sekitar kawasan terlibat.

Katanya lagi anak-anak muda di Bukit Antarabangsa bukanlah asing dengannya memandangkan beliau merupakan anak jati yang bermastautin di situ.

“Memang dari dahulu lagi saya sudah biasa dengan mereka. Saya tinggal di sini jadi setiap kali ada masalah dan sebagainya mereka juga tidak segan silu untuk berjumpa dan bertanya saya, Memang tiada jurang antara saya dan mereka.”

“Anak-anak muda ini merupakan aset penting negara yang sentiasa perlu kita bimbing melalui corak yang sesuai. Memang adakalanya Kita perlu ikut kehendak dan cara mereka seiring dengan gaya hidup masa kini.” ujarnya.

Tambahnya lagi anak muda hari ini perlu memainkan peranan penting dalam mencorak hala tuju negara masa hadapan kerana selain mempunyai tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat mereka juga perlu diberi pendedahan menerusi peluang-peluang yang disediakan sejajar dengan minat dan kebolehan mereka.

Majlis ramah mesra dan bual mesra ini juga turut dihadiri oleh Setiausaha Umno Cawangan Ukay Perdana, Encik Yusri Masbol, Ketua Wanita Cawangan Ukay Perdana, Puan Ellya Azlina Eshkak, Ketua Cawangan Umno Bukit Antarabangsa, Encik Omar dan Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Melayu Sungai Sering, Puan Nor Hashimah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya