Nurul Izzah tampil berkebaya dengan kasut sukan di pusat penamaan calon - Utusan Malaysia

Nurul Izzah tampil berkebaya dengan kasut sukan di pusat penamaan calon

NURUL IZZAH ANWAR mencuri tumpuan apabila hadir di pusat penamaan calon Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan mengenakan kebaya dan berkasut sukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencuri tumpuan apabila hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini dengan mengenakan kebaya dan berkasut sukan.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen itu mengenakan kebaya berwarna biru ‘turquoise’ dan kain corak batik, sedondon dengan seorang pencadangnya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi lebih 300 penyokong manakala calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan tiba di pusat penamaan calon berkenaan pukul 9.05 pagi.

Muhammad Fawwaz yang berbaju Melayu berwarna biru diiringi lebih 200 penyokong yang melaungkan takbir sebelum bergerak ke dewan utama.

Pada PRU15 kali ini, Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan masing-masing terdiri daripada calon parti BN; PN, PH dan Gerakan Tanah Air (GTA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya