Mohd. Sharkar calon Parlimen terbaik majukan Temerloh - Utusan Malaysia

Mohd. Sharkar calon Parlimen terbaik majukan Temerloh

MOHD. SHARKAR Shamsudin (kiri) ketika mengadakan tinjauan mesra di Pekan Sehari Lanchang di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tinjauan rakyat khususnya pengundi berharap Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dipilih sebagai Ahli Parlimen Temerloh untuk membawa harapan baharu kepada penduduk terutama dalam aspek ekonomi dan pembangunan.

Rata-rata mereka tidak mahu rakyat di Parlimen Temerloh menghadapi situasi ‘pisang berbuah dua kali’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini kerana sudah dua penggal di bawah pembangkang.

Bagi mereka, sesiapa saja boleh bertanding di Parlimen Temerloh, menawar perkhidmatan tetapi akhirnya rakyat perlu menilai dari segi siapa calon, rekod lampau dan juga latar belakang calon dalam proses memilih Ahli Parlimen.

Seorang penduduk, Yahya Mat Awang, 53, berkata, rakyat di daerah ini perlu bijak menilai parti politik mana yang benar-benar membantu ketika mereka dilanda bencana terutama banjir dan Covid-19 sebelum ini.

Menurutnya, biarpun Barisan Nasional (BN) tewas di Temerloh pada PRU14 lalu, namun parti itu tidak mengabaikan kebajikan dan kesusahan dialami rakyat sebaliknya sentiasa bersama penduduk dalam keadaan susah dan senang.

“Ini kerana saya melihat perjuangan politik pimpinan BN di Temerloh adalah membantu rakyat dan ia dilakukan secara ikhlas tanpa mengenal erti jemu serta penat,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagi pesara, Ahmad Puzi Abdul Wahab, 54, pula, beliau melihat pemimpin BN dan Mohd. Sharkar bukan hanya muncul apabila tiba musim pilihan raya umum (PRU) sahaja tapi mereka turun padang berterusan bagi membantu rakyat.

Pengundi muda, Mohd. Syafik Mohd. Arif, 21, berkata, membawa Aspirasi Temerloh Baru sebagai tawaran, pengundi di Temerloh melihat ia merupakan sinar baharu kepada kerancakan ekonomi dan pembangunan daerah itu sekiranya Mohd. Sharkar dipilih bagi mewakili penduduk di daerah ini.

“Dalam aspirasi itu, Mohd. Sharkar merancang mahu mewujudkan institusi pengajian tinggi (IPT), begitu juga hospital swasta demi meningkatkan aspek kemudahan kesihatan penduduk,” katanya.

Seorang lagi anak muda, Aiman Hakim Zulkifli, 20, pula berkata, perancangan membangunkan daerah Temerloh sebagai bandar pintar merupakan strategi jangka panjang bagi melonjakkan ekonomi di kawasan berkenaan.

“Pembinaan perbandaran baru ini bakal menjadi daerah titik tengah Semenanjung itu sebagai hub industri, teknologi, ekonomi dan pelancongan.

“Tentunya, rancangan jangka panjang itu boleh direalisasikan jika mandat diberikan kembali kepada Mohd Sharkar dan BN untuk mentadbir Temerloh dan Pahang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya