Faktor calon muda tarik minat belia bantu BN - Utusan Malaysia

Faktor calon muda tarik minat belia bantu BN

AB. RAUF Yusoh ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Bidara Beach Clean Up di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Pemilihan calon muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjaya menarik golongan belia untuk membantu gerak kerja dan perjalanan kempen Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, faktor calon muda itu juga secara tidak langsung membantu melancarkan lagi perjalanan kempen parti.

Katanya, gerak kerja itu telah diserahkan kepada setiap generasi dan kini generasi baharu mengambil alih peranan tersebut dengan peraturan dan perancangan yang baik.

“Disebabkan BN mempertaruhkan ramai calon muda, anak-anak muda ini dilihat begitu teruja untuk bersama-sama meraikan seorang calon dari kawasan mereka yang bakal menjadi wakil di Parlimen kelak.

“Alhamdulillah, setakat ini saya sangat berpuas hati dengan gerak kerja dan perjalanan PRU15 ini di Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Bidara Beach Clean Up di Pantai Tanjung Bidara di sini.

BN negeri mempertaruhkan calon muda dalam PRU15 membabitkan beberapa kerusi seperti Parlimen Masjid Tanah, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.

Calon-calon itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid yang bertanding di Masjid Tanah; Naib Ketua Pemuda MCA Bahagian Kota Melaka, Kon Qi Yao (Kota Melaka); Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan (Alor Gajah) dan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali (Hang Tuah Jaya). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya