Trio pemimpin muda termasuk Zafrul harapan BN Selangor - Utusan Malaysia

Trio pemimpin muda termasuk Zafrul harapan BN Selangor

SHAHRIL Sufian Hamdan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Mohd. Imran Tamrin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) anak watan Selangor termasuk Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menjadi tonggak untuk meraih kemenangan parti itu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara dua lagi pemimpin ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang disifatkan menerima reaksi positif daripada rakyat di negeri ini.

Ketua Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kedua-dua pemimpin tersebut adalah muka baharu yang diidam-idamkan untuk mengetuai kepimpinan di negeri ini.

“Nama Tengku Zafrul bukan lagi asing di Selangor kerana jawatan sebagai menteri berportfolio penting di dalam Kabinet membuatkan anak kelahiran Kuala Selangor itu sentiasa mendapat publisiti berterusan.

“Sementara Mohd. Imran yang juga peguam pula sedang meneruskan perkhidmatan cemerlang sebagai wakil rakyat BN sejak PRU14 lalu. Kemampuan Mohd. Imran menang dengan majoriti 2,084 undi sebelum ini membuktikan beliau mempunyai aura tersendiri dan mampu pergi jauh jika diberi peluang,” katanya.

Malah, beliau menambah perbahasan Mohd. Imran dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sering kali menuntut pembelaaan isu rakyat bukan saja di Sungai Panjang malah seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, bagi Shahril Sufian Jamal menyifatkan beliau sebagai seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang sosio ekonomi, mempunyai latar akademik amat cemerlang dan memegang jawatan Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

“Anak kelahiran Shah Alam itu pernah mendapat biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Chevening Komanwel British bagi Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di University Of Manchester United Kingdom (UK).

“Kepakaran dalam bidang tersebut membuatkan beliau lantang memperjuangkan isu kapasiti dan peluang masa depan golongan profesional muda khususnya lapisan kelas rendah dan pertengahan,” jelasnya.

Justeru, beliau yakin gandingan trio anak Selangor itu mampu menjadi senjata barisan hadapan BN untuk merampas semula Selangor nanti. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya