Demi penyatuan ummah, GTA perlu sertai gabungan sedia ada -

Demi penyatuan ummah, GTA perlu sertai gabungan sedia ada

MUHAMMAD Khalil Abdul Hadi (dua dari kanan) selepas merasmikan persidangan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gabungan Tanah Air (GTA) perlu menyertai gabungan parti politik sedia ada demi penyatuan ummah dan kepentingan rakyat demi membentuk kestabilan negara.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sepatutnya dijadikan medan utama untuk membentuk kestabilan negara semua rakyat. 

“Perpecahan tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat dan perpaduan nasional adalah cukup penting,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, kehadiran GTA  tidak akan memberi sebarang kesan besar terhadap landskap politik tanah air.

Katanya, hal ini kerana gabungan itu terdiri daripada parti-parti kecil yang bukan bersifat dominan.

“Jadi, saya tidak nampak sebarang kesan besar,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya