700 ahli Pas, Bersatu keluar parti, sertai UMNO - Utusan Malaysia

700 ahli Pas, Bersatu keluar parti, sertai UMNO

MOHD. Hasif Mohamad (tiga, kiri) menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ahmad Said sambil disaksikan Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Jentera PRU15 Barisan Nasional Terengganu di Kijal, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 700 ahli dan penyokong Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini mengisytiharkan keluar parti tersebut dan menyertai UMNO, semalam.

Mereka menyerahkan borang keahlian baharu UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Barisan Nasional Terengganu di Kijal, dekat sini. 

Penyerahan borang tersebut disaksikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Ahmad berkata, penyertaan ahli baharu itu menunjukkan rakyat percaya hanya UMNO dapat memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa.

Menurutnya, tindakan ahli dan penyokong kedua-dua itu memberi gambaran positif kepada UMNO untuk menghadapi PRU15.

“Alhamdulillah, ini adalah satu petunjukan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat,” katanya pada majlis 

Salah seorang penyokong Pas, Mohd. Hasif Mohamad, 34, berkata, dia nekad menyertai UMNO selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu. 

Malah, katanya, dia dan rakan-rakan menyertai UMNO atas kerelaan sendiri tanpa sebarang paksaan.

“Saya lihat banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan Pas dan saya juga kecewa termasuk isu perumahan generasi muda dan bantuan lain,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN