IPOH: Kedudukan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berstatus quo buat masa ini. Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan siapa calon dan parti komponen mana yang akan bertanding setiap kerusi DUN di negeri ini pada PRU15 akan ditentukan oleh pucuk pimpinan BN Pusat. “Setakat ini kita status quo kecuali jika ada perbincangan dan keputusan yang diputuskan oleh BN Pusat,” katanya kepada pemberita pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di di Stadium Indera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya