Tajuddin dakwa wanita DAP tidak senonoh - Utusan Malaysia

Tajuddin dakwa wanita DAP tidak senonoh

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa wanita DAP tidak senonoh susulan namanya semalam disebut dikatakan sering mengeluarkan kenyataan seksis.

Tajuddin yang berang dengan kenyataan Teo Nie Ching (PH-Kulai) itu hari ini bangun mencelah untuk mempertahankan diri dengan peraturan mesyuarat 36 (6) sewaktu Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) berbahas.

“Semalam bukan main hebat, satu dua orang wakil rakyat, disokong Batu Kawan, Jelutong, Jelutong ke semalam?”

Namun, RSN Rayer (PH-Jelutong) meminta Tajuddin mendapatkan fakta sebelum mengeluarkan kenyataan kerana beliau tiada di dalam dewan seperti yang dikatakan Tajuddin.

Ahli parlimen Pasir Salak kemudiannya memohon maaf kepada Rayer dengan menjelaskan yang ahli Parlimen itu tidak perlu menjerit kerana ia hanyalah perkara kecil sahaja.

Namun, Rayer yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu terus ‘mengganggu’ Tajuddin yang ingin mempertahankan diri.

Kekecohan itu dihentikan sementara oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon dengan menjelaskan ‘this is Pengerang floor’, kemudian Azalina meneruskan perbahasan dengan keadaan yang kecoh.

Rayer ketika itu mencabar Mohd Rashid : ‘Timbalan speaker, takut dengan Pasir Salak kah? Send him out,’ namun diselar kembali Tajuddin dengan berkata ‘his playing that kind of tactic’ .

Mohd. Rashid kemudiannya memberi laluan kepada Tajuddin untuk memberi penjelasan.

“Semalam, beberapa ahli Parlimen telah menyebut Pasir Salak,  Kinabatangan, Baling untuk memburuk-burukkan nama maruah imej tiga wakil rakyat, kononnya tidak hormat wanita. Mereka tak kenal siapa ini tiga orang, bagaimana kita menjaga maruah wanita, tanya wanita UMNO macam mana.

“Yang masalahnya beberapa wanita DAP perangai tak senonoh mulut capoi, apa motif dia sebut nama tiga orang ahli Parlimen semalam yang menuduh kata tidak hormat wanita semalam tidak menjaga maruah wanita?” soal Tajuddin.

Rayer kemudiannya meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu, bagaimanapun Tajuddin enggan berbuat demikian.

“Saya ada hak untuk bercakap, kenapa dia nak bantah? Kenapa nak bantah? Saya bukan gaya macam Jelutong nak cabar Speaker.

“Jangan senang-senang nak tuduh kita tak hormat wanita, kita bukan sahaja hormat, kita menolong, membantu, bukan cakap mulut sahaja,” katanya.

Keadaan terus menjadi kecoh apabila ahli Parlimen wanita termasuk Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan),  Wong Shu Qi (DAP-Kluang)dan Nie Ching sendiri menuntut permohonan maaf daripada Tajuddin dan menarik balik kenyataan itu.

Namun, Tajuddin tidak berbuat demikian dan keluar meninggalkan dewan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya