Terserah kepada PM tentu tarikh pembubaran Parlimen - Utusan Malaysia

Terserah kepada PM tentu tarikh pembubaran Parlimen

MAHDZIR Khalid dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Pembangunan Peruncitan Mara: Halal Mart (Halmart) di Misa Frozen, Taman Desa Cempaka, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penentuan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun beliau juga mempunyai jawatan tertinggi dalam UMNO, namun, tetap menghormati keputusan atau ketetapan dibuat oleh Ismail Sabri.

“Serah kepada Perdana Menteri (tarikh pembubaran Parlimen). Walaupun ada jawatan dalam parti, untuk pembubaran Parlimen, seelok-eloknya biarlah kita ajukan kepada Perdana Menteri.

“Sebagai Perdana Menteri, saya fikir beliau tahu masa yang sesuai,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Pembangunan Peruncitan Mara: Halal Mart (Halmart) di Misa Frozen, Taman Desa Cempaka di Nilai di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia yang memetik sumber melaporkan, lima kepe­mimpinan tertinggi UMNO belum duduk berbincang mengenai tarikh pembubaran Parlimen  meskipun ketetapan itu dikemukakan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lalu. 

Sumber tersebut memberitahu, selepas lima bulan berlalu, kelima-lima pemimpin terlibat belum duduk semeja sekali gus menunjukkan tiada ketetapan oleh parti itu berhubung tarikh tersebut.

Dalam pada itu, Mahdzir bersetuju dengan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya BN mengetengahkan calon heavyweight yang akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU15 terutama di kawasan pembangkang.

“Saya fikir apabila bercakap berkaitan pilihan raya, sekali gus kita mahu menang pilihan raya. Mana parti nak bertanding pun, mereka akan cari jalan hendak menang pilihan raya. 

“Salah satu kriteria hendak dapat tempat di hati rakyat itu, calon yang diketengahkan, sudah tentu yang boleh diterima oleh masyarakat setempat. 

“Kalau datang dari Negeri Sembilan sudah tentu diterima (orang) Negeri Sembilan, datang dari Selangor orang Selangor boleh terima calon diketengahkan. Bagi saya, satu, ia satu faktor penting untuk menyumbang kepada kemenangan dalam parti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mencadangkan BN supaya meletakkan calon heavyweight atau yang berada dalam Kabinet untuk bertanding di Selangor, sekiranya berhasrat menawan kembali negeri itu pada PRU15. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya