PBM di persimpangan dilema untuk pilih BN atau PN - Utusan Malaysia

PBM di persimpangan dilema untuk pilih BN atau PN

ZURAIDA Kamaruddin (tengah) menerima cenderahati selepas melakukan lawatan kerja ke TAE, Kampung Panchor, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/HADI AB. MANAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengesahkan bahawa pihaknya belum menghantar sebarang permohonan rasmi untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kata putus berhubung perkara itu akan dimuktamadkan kepemimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat, memandangkan status kerajaan Persekutuan pada hari ini yang terdiri daripada gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) perlu diambil kira.

Ahli Parlimen Ampang itu turut menjelaskan bahawa beliau dan PBM sebelum ini juga pernah menawarkan diri menyertai PN bagi mengukuhkan lagi gabungan politik berkenaan.

“Perkembangan itu, kita ketika ini saya masih belum masuk lagi surat permohonan untuk menganggotai BN dan insya-Allah, dalam masa terdekat akan saya muktamadkan dengan kepimpinan tertinggi.

“Untuk muktamadkan, kita punya position (kedudukan) terhadap kemasukan ke BN. Kerana kita melihat bahawa dalam kerajaan sekarang adalah kerajaan BN dan PN. 

“Tapi, saya tak tahu, PN itu selalu gaduh dengan BN, jadi, itu kerajaan sekarang. Saya dahulu ada offer (tawarkan) dengan PN untuk saya bersama mereka kerana saya hendak membantu memperkukuhkan mereka dengan sebuah parti multiracial (berbilang bangsa), parti yang dipimpin seorang wanita,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Koko Ting Agro Enterprise (TAE), Kampung Panchor di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas merasmikan Wacana Aspirasi Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur berkata, BN belum menerima permohonan rasmi daripada PBM untuk menyertai gabungan itu.

Ia susulan kenyataan Presiden PBM, Larry Sng dilaporkan berkata, permohonan parti itu untuk menyertai BN masih dalam proses.

Kata Larry, PBM memberi mandat kepada Zuraida untuk mengetuai delegasi dalam pertemuan serta rundingan dengan pemimpin parti lain, terutama berhubung perbincangan untuk membentuk kerjasama politik. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.