'Parti dari Borneo mahu bersama PN pada PRU15'-Muhyiddin - Utusan Malaysia

‘Parti dari Borneo mahu bersama PN pada PRU15’-Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin (dua kiri) menyerahkan watikan perlantikan jentera kepada wakil Gua Musang pada Majlis Pelancaran Jentera PN Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah, Kelantan hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH : Beberapa parti politik dari Sabah dan Sarawak menyatakan kesediaan untuk membentuk gabungan bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sedang meneliti perkara tersebut sama ada parti-parti yang menyatakan minat itu dapat menerima prinsip yang diperjuangkan oleh gabungan berkenaan.

Menurutnya, PN konsisten dengan prinsip menentang rasuah, salah guna kuasa, membentuk kerajaan yang berintegriti dan prihatin terhadap masalah rakyat.

“Penelitian ini (berkait dengan gabungan parti dalam PN) kita buat dari semasa ke semasa supaya mereka (parti) yang mahu bersama PN konsisten dengan wadah kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PN Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tambahnya, sekiranya wadah PN diterima, kerjasama antara parti akan menjadi lebih mudah.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, kerjasama antara Bersatu dengan Pas menerusi PN di Kelantan sudah teguh menerusi perlantikan wakil di setiap kawasan parlimen.

Katanya, dari segi soal pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu masih belum diputuskan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya