Masa bayar hutang kepada rakyat -Annuar - Utusan Malaysia

Masa bayar hutang kepada rakyat -Annuar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengajak semua pemimpin ‘membayar hutang’ kepada rakyat sementara masa masih ada.

Beliau juga menjelaskan soal jawatan Timbalan Perdana Menteri pada waktu ini bukan perkara utama yang harus difikirkan.

Menjawab sindiran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mencadangkan namanya mahupun Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, Annuar berkata, kini adalah masa untuk semua pihak bekerja sebagai satu pasukan.

“Kenapa nak fikirkan sangat? Saya fikir, tidak perlulah kita fikir soal jawatan-jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya, saya fikir kita perlu fokus pada masalah rakyat, soal kenaikan harga, inflasi dan menjadi satu pasukan.

“Dan lebih baik lagi kalau pembangkang memberikan kerjasama mengekalkan kestabilan supaya boleh berfungsi sebagai sebuah kerajaan kerana apabila sampai masanya, tidak lama pun, kalau kita rasa dah sampai pilihan raya, eloklah kita segerakan pilihan raya.

“Tetapi, pada masa ini, pada saya, polemik-polemik politik adalah baik dikurangkan dan tumpu berkhidmat kepada rakyat.

“Mana tahu ‘kot-kot’ lepas ni dah tak jadi wakil rakyat? Jadi, masa yang ada ini gunakan sepenuhnya berkhidmat untuk rakyat, bayar hutang kita kepada rakyat yang dah memilih kita sementara masa masih ada,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Zahidi dalam satu kenyataan berkata, cadangan Annuar mahupun Takiyuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah kerana dua individu itu menjadi saksi dan mengetahui mengenai wujudnya memorandum persefahaman (MoU) di antara Ismail Sabri dan juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menjelaskan tiada lanjutan perjanjian persefahaman (MoU) antara Kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) kerana perkara itu sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT).

“MoU sedia ada itu bukan melibatkan parti dengan parti, MoU yang ada itu adalah antara PH dengan Perdana Menteri untuk mengekalkan kestabilan politik, maka, pembangkang bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan melakukan transformasi parlimen dan juga untuk memastikan adanya kestabilan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya