Kongres perlu selesai pertembungan pro Anwar, Rafizi - Utusan Malaysia

Kongres perlu selesai pertembungan pro Anwar, Rafizi

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika hadir pada perasmian Kongres Nasional AMK Malaysia 2021 & 2022 di IDCC Shah Alam, Shah Alam.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA semalam, Kongres Nasional Keadilan akan menjawab semua persoalan berhubung hala tuju parti pimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lebih 20 tahun untuk menghadapi pilihan raya yang kesekian kalinya.

Menang sekali, kalah berkali-kali, namun hal itu tidak boleh dipandang mudah oleh musuh-musuh Pakatan Harapan (PH) apabila pemimpin yang dipilih untuk bersama dengan Anwar adalah Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.

Beliau menewaskan orang kanan Anwar Ibrahim yang merupakan Setiausaha Agung PKR bagi sesi 2018 – 2021, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rafizi yang sebelum ini ‘bercuti’ daripada politik kembali semula ke arena selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun ditumbangkan dengan gerakan ‘pintu belakang’ oleh Parti Bersatu yang mengkhianati mereka.

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan itu membawa polemik dalam hala tuju PKR dalam menghadapi PRU-15 apabila menolak wadah ‘khemah besar’ dibawa oleh Presiden menang tanpa bertanding yang yakin itu adalah formula untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) nanti.

Rafizi sebelum ini menolak idea khemah besar dan bersama pimpinan lain menegaskan PKR perlu membina kekuatan sendiri untuk menentang BN dalam pilihan raya akan datang, apatah lagi jika kekuatan itu hendak dibina bersama parti yang pernah mengkhianati mereka pada 2019 melalui ‘Langkah Sheraton’, Bersatu.

Justeru dalam kongres pada pasca pemilihan pimpinan pusat PKR yang berakhir pada Mei lalu akan menyaksikan pertembungan antara kumpulan pro-Anwar dan pro-Rafizi pada pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan ditentukan keputusannya sama ada hari esok atau lusa.

Ini kerana, bekas Naib Presiden PKR itu menyenaraikan 25 calon pilihan yang dilihat sebagai pro kepadanya untuk merebut 20 tempat dalam MPP, antaranya adalah pelakon terkenal, Datuk Gerald Hans Isaac, Datuk Romli Ishak,Tan Kar Hing, M. Anbarasan, Halim Bachik dan Abdul Halim Hussain,

Selain itu, turut dipromosikan Rafizi adalah Zahir Hassan, Che Zam Hamzah, Zinda Khalil Sastro Hassan, Zaidi Ahmad, Gopalakrishnan Subramaniam, Mohd Amin Abdul Mem, Raiyan Abdul Rahim, Rusnah Aluai, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dan Muhammad Arafat Varisai Mahamad.

Beliau juga menampilkan Ooi Tze Min, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Kesavan Subramaniam, Syed Ibrahim Syed Noh, Nurin Aina @ Nor Azrina Surip, Wong Chen, June Low Hsiad Lui, Lee Chean Chung dan Zahir Hassan.

Mereka akan bersaing merebut jawatan tersebut bersama calon lain seperti pelakon Afdlin Shauki Aksan, Johari Abdul, Mohd. Najwan Halimi, Dr. Maszlee Malik, Sivarasa Rasiah, Hee Loy Sian, Azmizam Zaman Huri dan Abdul Razak Ismail.

Namun, Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pemimpin muda terutama dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu memainkan peranan menghapuskan sikap berkelompok yang disifatkannya sebagai kanser dalam parti.

“Ia boleh mencetuskan perpecahan. Saya lihat ada beberapa simptom, cuma tidak terlalu parah. Kalau skala satu hingga 10, mungkin antara satu hingga dua, tetapi kalau kita jumpa dan hapuskannya, itu berpotensi menjadi kanser yang menjejaskan parti,” katanya.

Bagaimanapun, salah seorang calon, Mohd. Najwan Halimi yang merupakan Timbalan Ketua Cabang Shah Alam, menegaskan, polemik tersebut perlu diselesaikan untuk meletakkan parti bersedia menghadapi PRU-15.

“Saya harapkan kita sebagai para perwakilan di kongres ini mewakili suara akar umbi, jadi antara isu yang saya harap dapat capai kata sepakat adalah ke mana hala tuju PKR maksudnya dalam PH kita sebagai anchor untuk berdepan PRU,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya