Keputusan RoS elak perpecahan dalaman UMNO - Najib - Utusan Malaysia

Keputusan RoS elak perpecahan dalaman UMNO – Najib

NAJIB Tun Razak ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Amal Bersama Bossku di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menerima permohonan pindaan Perlembagaan UMNO menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat mengelakkan perpecahan dalaman parti.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengucapkan terima kasih kepada RoS itu berkata, kelulusan permohonan UMNO menunjukkan RoS prihatin kepada tuntutan akar umbi UMNO.

Menurutnya, perkara itu merupakan tuntutan akar umbi yang dibuat menerusi Perhimpunan Agung Khas UMNO.

“Akar umbi UMNO mahu supaya PRU15 diadakan lebih awal, dalam tempoh masa enam bulan selepas PRU15, baru diadakan pemilihan UMNO.

“Keputusan ini bererti apa yang kita khuatiri iaitu perpecahan dan kerosakan dalaman parti akan dapat kita elakkan dan kita boleh beri tumpuan kepada persediaan PRU15.

“Kita juga boleh mengurangkan politiking sesama kita kerana sekarang ini keutamaan kita, fokus kita adalah untuk memenangi PRU yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Amal Bersama Bossku di sini malam tadi.

Terdahulu, semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan RoS meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas PRU. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.