Hans Isaac menang ketua cabang PKR Ampang baharu - Utusan Malaysia

Hans Isaac menang ketua cabang PKR Ampang baharu

pemilihan PKR
HANS ISAAC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu-satunya artis yang mendapat tempat dalam pemilihan PKR 2022, Datuk Hans Isaac sekali gus memecah tradisi apabila memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang selepas pemilihan semula diadakan pada Rabu lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hans berkata, beliau yakin mampu menggalas tugas sebagai Ketua Cabang PKR Ampang kerana ada pengalaman sebagai ahli korporat sebelum ini.
Hans dalam pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pasukannya atas kemenangan tersebut walaupun hanya dengan majoriti dua undian dan diikuti rapat rakan selebritinya, Altimet.

“Malam kelmarin, oleh kerana keputusan sangat sengit, dua undi berpihak kepada kami, pihak yang lain telah minta untuk membuka undi ragu sebanyak 150 lebih undi ragu dan undi ragu berpihak kepada saya.

“Bagaimanapun, mandat saya bermula 17 Julai tetapi buat masa ini persiapan saya untuk mengambil tugas ini perlu sedikit masa. Paling penting, sudah pasti saya berterima kasih kepada akar umbi ahli parti yang sokong kami dan yang tidak sokong kami, itu adalah demokrasi yang kita amalkan sebab semua penyokong kita harus hormati.

“Kemenangan ini bukan kepada saya sahaja, tetapi juga kepada ranting dan kakitangan pasukan saya yang bertungkus lumus menggerakan kemenangan ini,” katanya.
Terdahulu, pemilihan semula telah diadakan di bahagian PKR Ampang selepas keputusan pemilihan bahagian dibatalkan berikutan dakwaan ketua bahagian yang baharu dipilih terlibat dalam pembelian undi.

Pemilihan semula itu diadakan pada 29 Jun lalu di mana sebelum ini menyaksikan kemenangan berpihak kepada Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi menentang Hans Isaac (609 undi) dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (589 undi).

Tiga calon lain memperoleh 17 hingga 272 undi.

Namun, dalam pengiraan undi terbaharu berdasarkan keputusan di laman web Pemilihan PKR 2022, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berjaya memperolehi 748 undi.
Beliau menewaskan seorang lagi selebriti, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, dengan perbezaan dua undi apabila menyaksikan penyanyi rap itu meraih 746 undI. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.