BN perlu letak calon heavyweight di Selangor - Utusan Malaysia

BN perlu letak calon heavyweight di Selangor

MUHAMMAD MOHD. TAIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon heavyweight atau yang berada Kabinet untuk bertanding kerusi Parlimen di Selangor jika parti itu berhasrat menawan kembali negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Percaturan itu juga dilihat memberi nilai tambah kepada pemilihan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus meletakkan peluang BN untuk kembali menerajui Selangor.

Tindakan itu disifatkan sebagai isyarat kepada pengundi bahawa rakyat Selangor akan diberi tumpuan oleh Kerajaan Persekutuan secara langsung apabila mereka membentuk kerajaan.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, sebanyak 70 peratus calon heavyweight perlu diletakkan di Selangor sementara 30 peratus lagi adalah muka baharu belia.

“BN juga perlu bergerak secara solo dengan prinsipnya dan terbuka untuk bekerjasama kemudian bagi memastikan kestabilan kerajaan dan politik” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Tambahnyai, pemimpin parti juga perlu menggerakkan agenda membangunkan orang Melayu di bandar dan antara mereka juga perlu berhenti bercakaran dan bersatu menerima calon ditentukan pucuk pimpinan bagi memastikan kemenangan BN di Selangor.

Sebelum ini dua nama besar, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Dr. Mohd. Khir Toyo disebut akan membuat penampilan di Selangor dalam PRU akan datang.

Bagaimanapun, sehingga kini hanya Mohd. Khir mengesahkan hasratnya untuk bertanding di Sungai Besar manakala Tengku Zafrul pula dilihat masih berteka-teki walaupun sudah beberapa kali membuat kemunculan di Kuala Selangor.

Beliau yang juga juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu turut memaklumkan, landskap politik di negeri ini amat unik kerana isu calon tempatan atau luar sebenarnya tidak timbul.

Menurutnya, situasi itu dapat dilihat dalam PRU Ke-14 (PRU14) apabila ramai calon bukan dalam kalangan anak tempatan seperti Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari dipilih pengundi sebagai wakil rakyat mereka.

“Kalau cakap kita hendak berjuang untuk anak-anak Selangor, tak laku. Sebab, tiap-tiap tempat itu, anak jati Selangor tak sampai 20 peratus, ada pengundi dari negeri lain yang tinggal di negeri ini,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN