Rakyat terabai jika gerakan khemah besar hanya mahu kalahkan BN - Utusan Malaysia

Rakyat terabai jika gerakan khemah besar hanya mahu kalahkan BN

JEFRIDIN ATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pembentukan khemah besar yang cuba dilakukan antara parti-parti pembangkang ketika ini tidak akan membawa sebarang erti, jika akhirnya tiada persefahaman dalam kalangan mereka.

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan berkata, walaupun pembangkang berhak untuk berbuat demikian, namun, tidak semua yang bersetuju dengan pendekatan terbabit.

“Mereka boleh salin baju atau salin apa sahaja yang dimahukan, tetapi, rakyat tidak mudah tertipu pada kali ini seperti mana manifesto (Pilihan Raya Umum ke-14) yang dikatakan bukan kitab suci.

“Jika tujuan mereka hanya untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan menawan Putrajaya semata-mata, tetapi, tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, tiada gunanya rakyat menyokong mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Jefridin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup berkata demikian ketika diminta  mengulas usaha beberapa parti pembangkang seperti Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan PKR yang ingin membentuk khemah besar sebagai cara untuk menewaskan BN pada PRU-15 nanti.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kesepakatan barisan pembangkang cukup penting dalam PRU-15 kelak dengan hanya satu musuh utama iaitu BN.

Beliau berkata, parti-parti politik mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk bertanding dalam pilihan raya sama ada bergabung dengan parti lain atau bertanding secara bersendirian.

Namun, beliau berpendapat, BN tidak perlu bergabung dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRU-15 berdasarkan keputusan pilihan raya sebelum ini sama ada PRU, Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membuktikan mereka mampu bergerak solo.

“Apa yang penting, khidmat kita dan rekod BN berkhidmat kepada rakyat, walaupun mereka mahu berkhemah besar tetapi jika melihat kepada kegagalan Pakatan Harapan (PH), rakyat boleh membuat penilaian,” katanya.

Ujar beliau, sebarang percaturan politik yang bermotifkan dendam dan fitnah seperti ketika PRU-14 tidak akan dapat bertahan lama kerana tumpuan untuk membantu rakyat diabaikan.

OIeh yang demikian beliau berharap rakyat akan membuka mata mengenai kegagalan selama 22 bulan kerajaan PH memerintah negara ini yang berakhir dengan perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin mereka. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya