Terjemah semangat ‘bos ku’ dalam PRN - Najib - Utusan Malaysia

Terjemah semangat ‘bos ku’ dalam PRN – Najib

NAJIB Tun Razak mengadakan walkabout bersama calon BN Gambir, Sahrihan Jani (kanan) di Pekan Bukit Gambir, Tangkak, hari ini. -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berharap aura ‘bos ku’ yang masih berbisa dalam kalangan rakyat dapat memberikan kekuatan kepada gabungan itu.

 

“Sambutan setakat ini, alhamdulillah, saya harap semangat ‘bos ku’ diterjemahkan dalam undi buat BN. Itu saya harap sangat.

“Tetapi, pada masa sama, kita kena tumpu kepada kerja dan jangan terlalu rasa selasa kerana kita masih ada beberapa hari lagi dan jika jentera kerja bersungguh-sungguh dengan tertib serta semangat perpaduan, Insya-Allah, BN boleh berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di Pekan Bukit Gambir bersama calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Sahrihan Jani di sini hari ini.

Ditanya keyakinan menumbangkan kawasan-kawasan yang didakwa sebagai kubu kuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najib berkata, meskipun sokongan pengundi terhadap BN kuat, namun, beliau mengakui saingan sengit termasuk di DUN Gambir.

Sementara itu, Najib berkata, dakwaan Muhyiddin kononnya kenyataan beliau berhubung hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan duit rakyat sebagai mencemarkan Dewan Rakyat adalah sesuatu yang mengarut.

Ini kerana jelasnya, pembayaran prinsipal hutang itu dibuat menggunakan dana Goldman Sachs.

“Itu bukan duit rakyat, duit Goldman Sachs duit rakyat ke? Di mana yang boleh dikatakan duit rakyat? Goldman Sachs duit Goldman Sachs lah, mana (pula) duit rakyat. Mengarut lah!,” tegasnya.

Muhyiddin sebelum ini berkata, kerajaan sudah membayar hutang 1MDB berjumlah RM13.3 bilion setakat ini seperti yang telah diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz pada Februari lalu.

Beliau kemudian mempertikaikan dakwaan Najib di Dewan Rakyat minggu lalu mengenai wang rakyat tidak digunakan untuk membayar hutang 1MDB selain turut mempersoalkan bagaimana Ahli Parlimen Pekan itu boleh ‘terlupa’ hutang tersebut dijamin kerajaan.

Baru-baru ini, Najib mendakwa dana awam tidak digunakan untuk membayar hutang 1MDB kerana pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sudah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya