Ramai ketepi arahan PM-Tajuddin - Utusan Malaysia

Ramai ketepi arahan PM-Tajuddin

tajuddin
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa terdapat menteri yang mengetepikan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak bersetuju dengan arahan beliau.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Tajuddin menggunakan ungkapan ‘Little Napoleon’ atau Napoleon Kecil untuk menggambarkan sikap beberapa individu dalam kerajaan yang tidak menjalankan tugas dengan baik serta membantu rakyat.

“Ada ‘Little Nepoleon’ dalam kerajaan iaitu orang-orang yang menganggap mereka lebih berkuasa daripada menteri dan Kabinet. Perdana menteri berikan arahan untuk membantu rakyat, tetapi, golongan ini tidak melaksanakan.

“Ini kerana mereka tidak setuju dengan arahan perdana menteri itu, maka, dibiarkan. Apa akan jadi pada perancangan kerajaan? Mengenai Napoleon Kecil ini, kita ada bukti dan atau diminta, saya akan keluarkan buktinya kerana antara mereka ini adalah menteri.

“Kasihan perdana menteri, beliau orang baik yang tidak reti untuk marah atau buang orang. Kalau dibuang nanti, ada yang merajuk. Ada yang mengugut perdana menteri untuk Tarik sokongan jika tidak mengikut mereka,” katanya hari ini.

Menurut Tajuddin, rakyat turut menjadi mangsa dalam perkara ini apabila permohonan mereka untuk inisiatif bantuan kerajaan tidak menerima khabar berita.

“Ada sesetengah ini, rakyat membuat permohonan malah permohonan kecil sahaja tetapi lima hingga enam bulan tidak berjawab.

“Antaranya adalah kementerian-kementerian yang berkenaan dan kalau saya cakap nanti, malu hendak letak muka ke mana,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya