Dr. Mahathir tidak akan bertanding mempertahankan Parlimen Langkawi - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir tidak akan bertanding mempertahankan Parlimen Langkawi

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, keputusan tersebut dibuat atas faktor usia dan kesihatannya yang belum pulih selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga ingin memberi peluang kepada calon baharu yang lebih muda dan sesuai untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

Bagaimanapun, tambahnya, bakal calon baharu yang bakal bertanding masih belum dikenal pasti lagi. 

“Saya tak pulih semula lagi, masih lemah, masih tak kuat. Tapi takat nak pi (pergi) Johor, nak cakap sikit-sikit tu boleh. Nak datang ke langkawi nak kempen sikit-sikit pun, bolehlah. Tapi, saya ingat kita bagi peluang pada orang lain. 

“Belum kenal pasti calon yang akan bertanding. Tapi, kita (Pejuang) nak cari orang lebih muda daripada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Lang Agro Farm di Kampung Padang Gaong, Ulu Melaka di sini hari ini.

Selain itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau akan terlibat dalam kempen-kempen yang digerakkan parti Pejuang sebelum PRU15 sekiranya diperlukan.

“Saya boleh ada bersama, saya boleh bagi nasihat, saya boleh ambil bahagian dalam kempen. Kalau ada tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir, dan mungkin bercakap sikit. Untuk membantu kempen calon,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya